Belum sempat menulis peristiwa pahit maung, suka duka di SM Anika Jurusan Chabang Empat, Tumpat, penulis telah ditemukan dengan seorang sahabat lama. Penulis bahasakan sahabat kerana pernah belajar di sekolah yang sama, hanya penulis terdahulu (senior) setahun. Beliau kebetulan baru ditugaskan sebagai pengetua di sekolah tempat penulis mengajar. Penulis juga berani bahasakan beliau sebagai sahabat kerana penulis menghormati beliau sebagai seorang dari keluarga yang berpengaruh dan disegani kawan dan lawan.

Daripada beberapa patah pengkesahannya, teringat penulis semasa belajar di sekolah itu dahulu. Penulis pelajar generasi kedua sekolah anika jurusan. Setelah generasi pertama keluar dengan menggalas kejayaan yang agak cemerlang, kami generasi kedua mula leka dan bercita-cita tinggi. Yang peliknya kami telah mula mengada-ada. Impak daripada karenah kami ini, generasi kami terceruk ditengah-tengah kejayaan generasi abang dan adik kami. Tidak seorang pun dikalangan kami dapat ke asrama penuh, kecuali Putih (nama sebenarnya Pui Tiong Hoo) yang mendapat tempat di SMIP, Kota Bharu.

0 comments:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama