Musim cuti, terutamanya musim cuti persekolahan sering terganggu. Hakikat percutian yang sebenarnya iaitu berehat dan bersenang-senang dengan keluarga, sudah tidak dicapai. Malah apa yang berlalu ialah kesibukan ke hulu ke hilir menghadiri berbagai-bagai jemputan dan appointment terutamanya kenduri kahwin / kenduri kesyukuran. Ada juga yang sibuk kerana mengejar pelanggan (buisness MLM konon). Akibatnya ramai yang kesibukan dengan urusan yang kurang penting, jalan raya menjadi jam, banyak jumlah petrol yang dibelanjakan, wang saku pun banyak yang dibelanjakan untuk hadiah dan makan pulut / mengenal.
Penulis memberi fokus kepada kenduri kahwin kerana perkara ini agak sensitif dikalangan orang Melayu. Kenduri kena buat, jemputan kena hadir, kalau tidak apa kata tuan kerja dan handak tak hendak kena ada hadiah. Kalau tidak tak standard lah. Lebih-lebih lagi kalau bekerja di luar negeri. Akibatnya poket jadi kurang. Masa terbuang di jalan yang jam dan keluarga menanti dirumah hanya sempat bersalam pada hari raya. Atuk-atuk tak dapat bermesra dengan cucu-cucunya, lebih-lebih lagi dengan anak.

Kalau orang bertanya apakah kenduri perkahwinan?
Kenduri sempena perkahwianan atau walimatul-urus untuk menandakan rasa kesyukuran kerana selamat menyempurnakan tanggungjawab memperkenankan jodoh kepada si anak . Kenduri yang digalakkan dalam Islam iaitu kenduri yang dibuat selepas berlakunya walimah dikalangan pasangan suami isteri. Tujuan diadakan kenduri ialah untuk mengistiharkan kepada rakan dan masyarakat bahawa pasangan ini telah diijabkabulkan secara sah dan telah selamat hidup bahagia sebagai suami isteri. Sedikit jamuan hendaklah diadakan mengikut kemampuan dan menjemput rakan-rakan dan ahli masyarakat sebagai saksi. Kalau tidak ada orang yang datang, maka kita yang dijemput adalah wajib hadir dalam majlis ini (dengan syarat majlis adalah tanpa maksiat). Hadiah adalah tidak dituntut.
Apa yang berlaku sekarang?
Kenduri perkahwinan sudah bertukar menjadi feasta perkahwinan. Merujuk kepada adat perkahwinan di Kelantan, rata-rata kenduri dibuat dengan bagitu meriah dan jemputan yang ramai. Dua tiga ekor lembu akan tersungkur. Majlis persandingan diadakan dengan pakaian tradisional dan moden. Banyak belanja yang dihabiskan untuk makanan, set pengantin, penyediaan tempat atau khemah, persembahan silat atau kumpulan dikir / nasyid, photografi dan video, kad jemputan, barang-barang hantaran dan lain-lain. Biasanya untuk menampung kos pengurusan, kenduri terpaksa dibuat sebagai 'mengelang' atau 'makan pulut'. Para tetamu seperti sesuatu yang wajib akan menghulurkan wang sebagai hadiah atau 'makan pulut/ mengenal'.

Majlis kenduri kahwin pada musim-musim tertentu menjejak ke angka tujuh atau lapan tempat sehari. Kalau kenduri diadakan pada musim perayaan, suasana akan menjadi lebih gamat. Dari kesibukan ke hulu ke hilir, jalan menjadi sesak manakala perut juga naik mual, hinggalah kepada saku dan kantung.
Perkara yang asalnya ibadat, sudah jadi adat. Bercampur dengan adat bangsa lain pula tu. Aplikasinya kos untuk perkahwinan jadi mahal, mencecah lapan sembilan ribu. Bayangkan kalau pendapatan tak sampai empat angka, mustahil untuk kahwin dalam setahun dua bekerja. Mujurlah ada pak saudara BR. Bolehlah menanggung belanja kahwin empat lima tahun.
Berbalik kepada persoalan belanja atau mas kahwin, bangsa lain lagi mahal. Tetapi mereka belanja kahwin kepada lelaki. Kalau seorang doktor, belanjanya mencecah ratusan ribu. bersambung

0 comments:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama