Saya sangat setuju dengan saranan Sahibul Fadilah yang menyentuh satu lagi kaedah fekah Islam yang menyuruh kita membentuk suasana atau iklim penghidupan yang menyukarkan untuk melakukan yang haram dan memudahkan untuk melakukan yang halal. Itulah tanggung jawab pemerentah dan umat Islam keseluruhannya iaitu 'amal makruf, nahi mungkar'.
Membentuk suasana bermaksud, menjadikan diri sebagai contoh atau ikutan masyarakat, menyatakan kebenaran dengan percakapan malah kalau perlu dengan cara tindakan atau sekurang-kurangnya membenci kepada sesuatu yang haram atau terkutuk. Manakala 'iklim penghidupan yang menyukarkan untuk melakukan yang haram' ialah menyekat atau membuat kawalan yang ketat jalan-jalan yang menjurus kepada perkara yang haram, samaada penguatkuasaan undang-undang atau dakwah dalam bentuk penerangan, motivasi, pengajaran di masjid, sekolah dan sebagainya.
Pada zaman ini, satu perkara yang menjadi semakin mudah ialah tentang budaya masyarakat Islam yang semakin mudah menerima adab atau mengamalkan cara hidup atau nilai-nilai barat atau bukan Islam. Sebagai contoh, ramai ibu bapa atau masyarakat Islam sudah boleh menerima kes penzinaian, kandungan anak luar nikah, kelahiran anak haram, fesyen pakaian mendedahkan aurat, berkhalwat dan sebagainya. Nilai hidup barat ini sudah menjadi lali kepada masyarakat Islam. Ibu bapa sudah tidak sensitif terhadap perlakuan anak-anak yang melanggar hukum Islam ini, malah memihak kepada anak untuk menipu pendaftar nikah, supaya dapat dinikahkan, walau pun menerima kelahiran selepas dua tiga hari sahaja selepas dinikahkan. Maknanya ibu bapa tahu anak mereka mengandung diluar nikah, tetapi tidak berapa sensitif terhadap perlakuan anak-anak ini atau mengambil jalan mudah, biarkan..biarkan . Nanti anak-anak kecil hati, susah kita.
bersambung

0 comments:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama