Ulasan Video ' Sajak Kematian'

Menonton video 'Sajak Kematian' dengan ilmu yang sedikit, saya rasa ada kelemahan dan perlu kepada penjelasan. Saya tahu, niat penerbit adalah baik, untuk memberi kesedaran kepada generasi muda tentang adanya pembalasan selepas mati. Ini adalah satu akidah atau pegangan hidup, iaitu percaya kepada alam ghaib.
Video telah menayangkan imej api, awan, kilat, gelap dan orang mati yang diusung dan mayat yang dikapankan. Manakala kesan bunyi pula ialah bunyi suara bacaan Al-Quraan, percakapan bahasa Melayu yang di'echo'kan, bunyi guruh dan bunyi kilat. Kesan bunyi dan imej yang dipaparkan mungkin hebat jika ditayangkan di panggung yang gelap dengan kesan bunyi yang kuat.
Pada pandangan saya, bagi kanak-kanak sekarang sudah tidak berapa takut dengan imej dan suara seperti yang dipaparkan sebab video itu mungkin dimainkan dengan handphone yang kesan bunyinya tidak seberapa. Bagaimana persepsi kita jika kanak-kanak mempermainkan video itu dan memandangnya sambil lewa.
Saya lebih berpegang yang siksa kubur itu ialah alam ghaib yang tidak dapat digambarkan dengan apa cara dan segala makhluk yang ada didunia. Bagaimana hendak gambarkan kerana mungkin yang kita gambarkan sekarang adalah menjadi sesuatu yang biasa seperti yang dapat dilihat dalam filem-filem barat yang lain.
Saya berpendapat, lebih baik jika penerbit mengakhiri video tersebut dengan melakukan seolah-olah pelaku itu bermimpi. Adalah lebih selamat dari segi akidah.

0 comments:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama