Sembahyang wajib lima waktu sehari disyariatkan oleh Allah sejak peristiwa Israq Mikraj nabi. Amalannya memberi kebaikan kepada setiap aspek kehidupan dunia dan akhirat,

Dalam aspek mendisiplinkan diri. sembahyang telah mengariskan jadual waktu yang paling sempurna dalam penghidupan manusia. Dimulai dengan bangun awal pagi dan membersihkan diri untuk sembahyang Subuh di masjid, menuju ke tempat kerja dan selepas rehat berkerja bersembahyang dan meneruskan pula kerja sehingga waktu Asar. Pulang ke rumah boleh beriadah dan hidupkan amalan ziarah. Malam pula menuju ke masjid atau ke pusat-pusat pengajian ilmu agama. Jam 09.00, rehat malam untuk bersama keluarga sebelum tidur awal untuk bangun malam atau pagi untuk hari berikutnya.

Cubalah patuhi jadual waktu muslimin. Mengikutnya sehari dua tidak memadai. Dengan mengamalkannya secara routing akan membuka jalan untuk mempelajari segala perkara berkaitan agama. Kita juga berpeluang memuhasabah diri dan mengikut adat dan tertib agama yng luhur untuk menjadi panduan dalam penghidupan.

Kalau kita berjaya mengikut jadual yang diatur Allah Taala ini, barulah kita dapat mencecap kemanisan dalam ibadan dan dapat membenteng diri dengan disiplin yang utuh untuk pengawalan diri dari setiap aspek bala atau ujian yang dihadapi.

Insha Allah bersama membangunkan Islam.

GEJALA PANAS PERUT

Gejala panas perut ialah satu gejala dimana perut terasa panas, kembung, pedih yang merayap di seluruh perut dan dada, sosong dan akan menjalar ke lengan kiri yang menyebabkan rasa kebas di hujung jari sahaja. Keadaan ini diikuti rasa mual, loya dan hendak muntah tetapi tidak muntah. Ada masanya sakit akan naik ke pangkal tengkok sebelah belakang. Gejala ini juga dikenali sebagai uluran angin.
Jika kita ke hospital, pemeriksaan klinikal tentang gejala ini akan memberi tumpuan kepada 'ECG', tekanan darah, ujian darah atau 'bload anylis'. Jika semua ujian ini tidak menunjukkan sebarang petanda bahaya, pemeriksaan seterusnya akan dibuat ke atas perut (usus besar) dan pundi-pundi hempedu.
Pemeriksaan usus besar atau 'scop' ialah dengan cara memasukkan seutas wayer bersepit, bercemera dan lampu dihujungnya. Sebelumnya pesakit disuruh berpuasa untuk mengosongkan perut. Data-data dirakam menggunakan cemera apabila lampu disuluh di dalam perut. Sebarang tanda-tanda yang disyaki akan disepit untuk dikeluarkan cebisan untuk kajian seterusnya.
Pemeriksaan pundi-pundi hempedu pula boleh dibuat menggunakan alat 'ultra-sound'. Pemeriksaan ini akan mengesan batu-batu yang terdapat dalam hempedu, sama kaedahnya seperti mengesan janin dalam kandungan.
APA YANG BIASA BERLAKU
Biasanya, gejala panas perut berpunca daripada masalah lapisan dinding usus besar yang haus atau radang. Keadaan ini berlaku kerana proses pengeluaran asid oleh hempedu yang tidak seimbang dengan jumlah makanan dalam perut. Puncanya mungkin kerana jadual makan yang tidak teratur atau terdapat batu dalam pundi-pundi hempedu. Jadual makan yang tidak teratur akan menyebabkan lebihan asid dalam perut, manakala jika terdapat batu dalam hempedu boleh menyebabkan kandungan asid berlebihan dan asid menjadi semakin tajam. Kedua faktur ini ditambah dengan masalah 'streach', boleh menyebabkan gejala panas perut yang lebih keronik.

Tulisan berikutnya akan menyusul

Sains politik Islam ialah ilmu tatacara pemerentahan yang menyeluruh dan syumur. Politik Islam mengajar cara untuk mentadbir manusia dan alam milik Allah s.w.t. dengan cara yang digariskan oleh Al-Quran dan Al-Hadith serta ijtihad yang dibenarkan oleh Islam (bersesuai dengan fitrah atau sifat semula jadi manusia). Politik Islam, seperti aspek-aspek hidup yang lain tidak terpisah daripada syariah Islam kerana tidak ada perkara yang terkecuali daripada syariat Allah, walau pun benda atau perkara sebesar atom atau zarah. Syariat atau undang-undang Islam mengariskan semua perkara dibawah hukum samaada halal, haram, sunah, makhruf dan mubah. Dengan kata lain, penipuan dalam politik ada hukumnya. Bagitu juga pemilikan kekayaan dalam politik masih ditadbir oleh hukum fikah Islam dan seterusnya tentang perkara-perkara lain yang besar atau kecil.

Sains politik tajaan barat pula satu strategi atau helah yang membenarkan matlamat menghalalkan cara (Machiavelli). Dalam politik barat, apa saja boleh dilakukan jika difikirkan boleh mendatangkan keuntungan kepada individu atau kumpulan tertentu. Dalam kontek ini, dari aspek politik, penipuan tidak salah walaupun pada moralnya tidak baik. Membunuh itu kejam, tetapi mengikut politik barat, pembunuhan dibenarkan untuk menyelamat kepentingan politik mereka.

Daripada beberapa andaian di atas, didapati politik Islam adalah cara hidup Islam yang menyeluruh. Dalam berpolitik hukum Islam menggariskan batasan dosa dan pahala. Manakala politik barat, sama juga dengan perkara-perkara lain, adalah perkara yang terpisah dan tidak ada kaitan dengan agama. Urusan agama ialah tanggung jawab padri dan diamalkan di gereja-gereja sahaja. Malah hubungan individu dengan tuhannya boleh diwakilkan kepada padri untuk pengampunan. Semua umat yahudi dan kristian adalah bersih daripada dosa kerana Jesus telah mengorbankan dirinya di palang salib untuk menyelamat seluruh umatnya. Inilah dikatakan "sekularisme".

Di Malaysia, sebuah negara Islam yang mengamalkan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jemaah, Islam adalah menjadi teras (Uluhiah dan Rububiyah) dalam sistem pemerentahan. Syariah Islam mestilah menaungi dan diaplikasikan dalam setiap aspek kehidupan seperti bidang sosial, politik, ekonomi dan sub-sub bidang yang lain. Dengan kata lain, pemisahan dalam aspek hidup adalah bukan cara hidup Islam dan tidak sepatutnya diamalkan oleh orang yang mengaku beriman kepada akidah Islamiyah.

Tulisan seterusnya akan muncul.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama