Apabila Yang Halal Dipayahkan dan Yang Haram Dimudahkan - Respon kepada tulisan Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Kerajaan Perlis
0 comments Posted by AMLY RAMLY at 9:30 PTGSaya sangat setuju dengan saranan Sahibul Fadilah yang menyentuh satu lagi kaedah fekah Islam yang menyuruh kita membentuk suasana atau iklim penghidupan yang menyukarkan untuk melakukan yang haram dan memudahkan untuk melakukan yang halal. Itulah tanggung jawab pemerentah dan umat Islam keseluruhannya iaitu 'amal makruf, nahi mungkar'.
Membentuk suasana bermaksud, menjadikan diri sebagai contoh atau ikutan masyarakat, menyatakan kebenaran dengan percakapan malah kalau perlu dengan cara tindakan atau sekurang-kurangnya membenci kepada sesuatu yang haram atau terkutuk. Manakala 'iklim penghidupan yang menyukarkan untuk melakukan yang haram' ialah menyekat atau membuat kawalan yang ketat jalan-jalan yang menjurus kepada perkara yang haram, samaada penguatkuasaan undang-undang atau dakwah dalam bentuk penerangan, motivasi, pengajaran di masjid, sekolah dan sebagainya.
Pada zaman ini, satu perkara yang menjadi semakin mudah ialah tentang budaya masyarakat Islam yang semakin mudah menerima adab atau mengamalkan cara hidup atau nilai-nilai barat atau bukan Islam. Sebagai contoh, ramai ibu bapa atau masyarakat Islam sudah boleh menerima kes penzinaian, kandungan anak luar nikah, kelahiran anak haram, fesyen pakaian mendedahkan aurat, berkhalwat dan sebagainya. Nilai hidup barat ini sudah menjadi lali kepada masyarakat Islam. Ibu bapa sudah tidak sensitif terhadap perlakuan anak-anak yang melanggar hukum Islam ini, malah memihak kepada anak untuk menipu pendaftar nikah, supaya dapat dinikahkan, walau pun menerima kelahiran selepas dua tiga hari sahaja selepas dinikahkan. Maknanya ibu bapa tahu anak mereka mengandung diluar nikah, tetapi tidak berapa sensitif terhadap perlakuan anak-anak ini atau mengambil jalan mudah, biarkan..biarkan . Nanti anak-anak kecil hati, susah kita.
bersambung
Pada mulanya, aku buat tak peduli. Maklumlah banyak kerja yang hendak diselesaikan. Kerja sekolah, kerja masjid dan mana lagi kerja untuk kenduri. Lagi pun ndak buat macam mana. Dalam bab ini aku memang buta kayu. Aku tak belajar apa-apa ilmu pun daripada ayah. Kalau ayah masih ada, memang dia boleh buat penawar lekat tulang.
Pada lewat malam, dia demam dan batuk-batuk. Suara dah serak. Barulah timbul rasa kasihan. Besok sajalah suruh dia ke klinik. Sementara itu, ikhtiar yang boleh dibuat ialah layari internet. Cari penawar lekat tulang. Beberapa laman yang dibuka, ada banyak maklumat dijumpai. Ada dalam bentuk jampi serapah, ada dalam bentuk perubatan moden dan ada juga yang menggunakan tulisan ayat-ayat al-Quraan ditulis dengan dakwat zafran pada cawan. Semuanya ikhtiar. Aku tertarik dengan komen seorang pelawat blog Dr Zafuan yang mengiklankan kebolehannya menangani masalah lekat tulang dengan menggunakan foset dan gunting. Mengikut pelawat itu, tak usah payah-payah, kalau ada orang yang dilahirkan songsang (keluar punggung dulu), suruh dia bacakan Bismillah ..... dan Selawat atas Nabi dihadapan air masak yang dimasukkan ke dalam senduk gulai. Kemudian beri kepada pesakit minum air tersebut sambil berselawat. Insha Allah katanya, tulang akan lepas secara ajaib.

Teringat aku, seorang anak perempuan yang dilahirkan bagitu. Tetapi dia di Seberang Jaya, kerja hospital jugalah. Aku ambil jalan pintas, aku sediakan air masak dalam senduk gulai. Lalu aku telefon dia di SJ. Aku terangkan kesemua kepadanya dan suruh dia bacakan Bismillah... dan Selawat. Aku aktifkan handset HTC Tytn 11 pada hand-free dan dekatkan telefon pada air. Air selawat dari jarak jauh tadi diberikan pada ibunya dan diminumnya dengan iringan selawat. Barulah ibunya dapat tidur lena.
Seawal pagi, dialog pertama aku dengan isteri ialah bertanyakan tentang tulang. Insha Allah, katanya tulang sudah keluar dengan gumpalan kahak. Panjang pula tuu, hampir satu inci.
Tidak dapat aku gambarkan, hanya ucapan syukur yang tidak terhingga diatas nikmat dan kebesaran Allah. Hambanya hanya berikhtiar yang sedikit. Nikmat pemberian Allah yang melimpah ruah. Lantas aku telefon si anak untuk khabarkan berita gembira. Bersama dengan pesanan, jangan takarbul dan jangan lupa sandarkan ikhtiar itu dengan kalimah 'dengan izin Allah', dalam hati aku berkata, ada juga pengganti ayah Omar, bomoh lekat tulang.
Jururawat terlatih yang boleh
ikhtiarkan penawar 'lekat tulang'
Menonton video 'Sajak Kematian' dengan ilmu yang sedikit, saya rasa ada kelemahan dan perlu kepada penjelasan. Saya tahu, niat penerbit adalah baik, untuk memberi kesedaran kepada generasi muda tentang adanya pembalasan selepas mati. Ini adalah satu akidah atau pegangan hidup, iaitu percaya kepada alam ghaib.
Video telah menayangkan imej api, awan, kilat, gelap dan orang mati yang diusung dan mayat yang dikapankan. Manakala kesan bunyi pula ialah bunyi suara bacaan Al-Quraan, percakapan bahasa Melayu yang di'echo'kan, bunyi guruh dan bunyi kilat. Kesan bunyi dan imej yang dipaparkan mungkin hebat jika ditayangkan di panggung yang gelap dengan kesan bunyi yang kuat.
Pada pandangan saya, bagi kanak-kanak sekarang sudah tidak berapa takut dengan imej dan suara seperti yang dipaparkan sebab video itu mungkin dimainkan dengan handphone yang kesan bunyinya tidak seberapa. Bagaimana persepsi kita jika kanak-kanak mempermainkan video itu dan memandangnya sambil lewa.
Saya lebih berpegang yang siksa kubur itu ialah alam ghaib yang tidak dapat digambarkan dengan apa cara dan segala makhluk yang ada didunia. Bagaimana hendak gambarkan kerana mungkin yang kita gambarkan sekarang adalah menjadi sesuatu yang biasa seperti yang dapat dilihat dalam filem-filem barat yang lain.
Saya berpendapat, lebih baik jika penerbit mengakhiri video tersebut dengan melakukan seolah-olah pelaku itu bermimpi. Adalah lebih selamat dari segi akidah.
Mengikut pengertian hadith Rasulullah S.A.W,
Kedamaian dalam hidup itu terkumpul dalam empat perkara, iaitu bekerja ditempat sendiri, memiliki rumah yang selesa, mempunyai kenderaan yang baik dan mempunyai keluarga dan sahabat dikalangan orang yang beriman dan bertakwa.
Penulis memberi fokus kepada kenduri kahwin kerana perkara ini agak sensitif dikalangan orang Melayu. Kenduri kena buat, jemputan kena hadir, kalau tidak apa kata tuan kerja dan handak tak hendak kena ada hadiah. Kalau tidak tak standard lah. Lebih-lebih lagi kalau bekerja di luar negeri. Akibatnya poket jadi kurang. Masa terbuang di jalan yang jam dan keluarga menanti dirumah hanya sempat bersalam pada hari raya. Atuk-atuk tak dapat bermesra dengan cucu-cucunya, lebih-lebih lagi dengan anak.
Kalau orang bertanya apakah kenduri perkahwinan?
Kenduri sempena perkahwianan atau walimatul-urus untuk menandakan rasa kesyukuran kerana selamat menyempurnakan tanggungjawab memperkenankan jodoh kepada si anak . Kenduri yang digalakkan dalam Islam iaitu kenduri yang dibuat selepas berlakunya walimah dikalangan pasangan suami isteri. Tujuan diadakan kenduri ialah untuk mengistiharkan kepada rakan dan masyarakat bahawa pasangan ini telah diijabkabulkan secara sah dan telah selamat hidup bahagia sebagai suami isteri. Sedikit jamuan hendaklah diadakan mengikut kemampuan dan menjemput rakan-rakan dan ahli masyarakat sebagai saksi. Kalau tidak ada orang yang datang, maka kita yang dijemput adalah wajib hadir dalam majlis ini (dengan syarat majlis adalah tanpa maksiat). Hadiah adalah tidak dituntut.
Perkara yang asalnya ibadat, sudah jadi adat. Bercampur dengan adat bangsa lain pula tu. Aplikasinya kos untuk perkahwinan jadi mahal, mencecah lapan sembilan ribu. Bayangkan kalau pendapatan tak sampai empat angka, mustahil untuk kahwin dalam setahun dua bekerja. Mujurlah ada pak saudara BR. Bolehlah menanggung belanja kahwin empat lima tahun.
Berbalik kepada persoalan belanja atau mas kahwin, bangsa lain lagi mahal. Tetapi mereka belanja kahwin kepada lelaki. Kalau seorang doktor, belanjanya mencecah ratusan ribu. bersambung
Daripada beberapa patah pengkesahannya, teringat penulis semasa belajar di sekolah itu dahulu. Penulis pelajar generasi kedua sekolah anika jurusan. Setelah generasi pertama keluar dengan menggalas kejayaan yang agak cemerlang, kami generasi kedua mula leka dan bercita-cita tinggi. Yang peliknya kami telah mula mengada-ada. Impak daripada karenah kami ini, generasi kami terceruk ditengah-tengah kejayaan generasi abang dan adik kami. Tidak seorang pun dikalangan kami dapat ke asrama penuh, kecuali Putih (nama sebenarnya Pui Tiong Hoo) yang mendapat tempat di SMIP, Kota Bharu.
Jaga Kesihatan - Cara Mengurangkan Kolisterol Dalam Darah
0 comments Posted by AMLY RAMLY at 1:10 PTGTamat sekolah rendah, penulis hampir-hampir tidak dapat ke tingkatan 1 Sekolah Anika Jurusan (dua tahun usia). Dengan berbekalkan kehendak yang kuat, penulis memasuki sekolah menengah dengan 1 dozen buku tulis 80 ms (masa itu $1.20 harganya). Buku teks tak mampu beli. Hanya buku Suluh Bahasa, penulis sewa dengan Shahrom Ibrahim dengan harga 50 sen (kini pensyarah Kanan di UITM Shah Alam). Sebab ada buku teks itulah penulis mendapat markah tertinggi dalam subjek BM tingkatan 1. Subjek lain yang tertinggi ialah Ilmu Alam sebab sangat suka belajar dengan Che Muhd Nor Harun (bekas PPD Pasir Mas / Tumpat).