Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia kelapangan masa dan kesihatan jiwa, baru ini saya dapat menghasilkan beberapa laman cyber untuk menukilkan beberapa maklumat, penerangan dan bicara minda yang lama disisipkan dilipatan ingatan. Semoga dengan lahirnya media dalam bentuk media alaf baru iaitu cyber teknologi ini, akan mendedahkan penulisan maklumat dengan lebih menyeluruh tanpa sekatan komesial dan akta setempat.
Saya berharap setiap pengunjung menmenfaatkan ruang cyber ini untuk bertukar maklumat dan menulis komen membina demi memantapkan lagi ruang penulisan cyber ini. Diharap penulisan tanpa kos dan tanpa mengharap pembayaran ini dapat menyingkap laman minda yang lebih berani, kreatif dan inovetif kearah pencarian sebuah kedamaian.